Wednesday 2 March 2016

BIODIVERSITY DAY

Pada 19.2.2015 hari Sabtu, Kolej Matrikulasi Kedah telah mengadakan karnival BIODIVERSITI peringkat kolej. Karnival ini  telah diadadakan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Karnival ini dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh pelajar senior dari modul 1.Karnival ini melibatkan pelajar pst n pdt modul 1 dan modul 3.Senamrobik ini dapat menyihatkan tubuh badan.

Senamrobik ini mengambil masa dalam setengah jam. Selepas senamrobik,saya dan kawan-kawan pergi ke pelbagai pameran booth yang disediakan oleh penganjur.Booth yang menarik perhatian saya ialah dari pelajar k4 yang diketuai oleh pensyarah tutorial saya iaitu miss lock.Dengan melihat pameran booth yang disediakan,saya dapat memahami dengaan lebih mendalam lagi tentang biodiversiti.

Setelah puas menjamu mata dengan melihat pameran yang disediakan,kami berehat sebentar di dewan.Kami disajikan dengan pelbagai persembahan choral speaking yang menarik oleh pelajar Kolej Matrikulasi Kedah. Mereka perlu  berlawanan sesama mereka untuk menjuarai pertandingan tersebut.


 Sampai disini sahaja saya punya coretan di sini....terima kasih kepada semua pensyarah dan kawan-kawan kerana telah menjayakan karnival ini.